Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: “Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik, mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan. Dan sekiranya ia seorang yang jahat, mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah.” - Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim.
Huraian:
*Haram hukumnya bagi seseorang muslim bercita cita dan berdoa untuk mati apabila hidup didalam kesengsaraan dan menderita.
*Setiap mukmin yang panjang umurnya mempunyai banyak peluang untuk ia beramal ibadat kepada Allah sebagai bekalan di akhirat nanti.
*Islam tidak membenarkan umatnya bercita cita untuk mati, tetapi menggalakkan umatnya supaya bercita cita untuk menambahkan ilmu pengetahuan demi kemajuan ummah.
Akak tag aqma tau.. :)
ReplyDelete